Istimewa buat usawan rhm - Sharifah Aloya

By bizzport at Monday, July 28, 2008, 12:32 AM

SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA PENERIMA ANUGERAH DAN PEMENANG CABUTAN BONANZA

By bizzport at Sunday, July 27, 2008, 6:26 AM

Suasa sungguh meriah di majlis Penganugerahan pin pemimpin eksekutif dan perlancongan yang diadakan di HQ Melaka. Syabas kepada semua usahawan yang turut menjayakan majlis gilang gemilang ini. Lebih 300 orang hadir memeriahkan majlis penganugerahan yang pertama kali di adakan.

Majlis dimeriahkan dengan cabutan bonanza pusingan kedua dengan hadiah utama sebuah motosikal. Para usahawan juga turut berpeluang menunjukkan bakat dalam acara karaoke.

Hari ini 27 Julai, kemeriahan sambutan ini turut dikongsi dalam akhbar Sinar edisi Melaka dan N. Sembilan.

Video Perasmian Stokis Tutong, Brunei

By bizzport at Friday, July 25, 2008, 6:40 AM

Jom Ke Majlis Penganugerahan "Pemimpin Eksekutif" dan Pakej Perlancongan

By bizzport at Wednesday, July 23, 2008, 7:07 PM

RHM Global menjemput semua usahawan dan juga orang ramai untuk meraikan majlis penganugerahan Pemimpin Eksekutif dan pakej perlancongan yang julung kali di adakan:

Tempat: Ibupejabat
RHM Global Sdn. Bhd
Cheng Perdana, Melaka.
Tarikh: 26 Julai 2008
Masa: 12tgh - 5.00 ptg

Acara Menarik:
Jamuan Beriyani tengahari disediakan
Penganugerahan pemimpin eksekutif
Penganugerahan Perlancongan
Cabutan Bonanza dengan hadiah utama Motosikal, lap-top, talipon bimbit dll.

PROMOSI ISTIMEWA:

Setiap usahawan yang telah dan akan membuat belian 90pv pada bulan Julai sehingga pada hari program layak untuk menebus sehelai T-SHIRT eksklusif PERCUMA dengan mengemukakan invoice belian. T-Shirt hanya layak ditebus bagi mereka yang hadir diibupejabat pada majlis penganugerahan di atas sahaja. T-shirt adalah terhad dan pastikan anda orang yang terawal.

Juga dapatkan produk dengan PV pada jualan istimewa di majlis tersebut.

Ayuh datang beramai-ramai... RHM dunia niaga anda.

RHM Membina Ikon Baru di Tutong, Brunei

By bizzport 6:53 PM

Stokis tutong telah dirasmikan 11 Jul 2008 oleh Pegawai Daerah Tutong dan juga Pengarah Urusan syarikat RHM Global. Upacara ringkas ini menyuntik semangat bukan sahaja usahawan di Brunei tetapi juga semua usahawan RHM seluruh Asia Tenggara. Ramai usawan dari Malaysia khususnya mula melihat Brunei adalah potensi pasaran yang unik selain dari Indonesia.

RHM Meledak di Padang, Sumatera

By bizzport 6:24 PM

Bermula di Medan Indonesia, kini RHM melebarkan sayap ke Padang dan Pekan Baru. Kopi Merah... enak loooooo, hebat Pak kopinya... begitulah sambutan produk RHM di Padang dan Pekan Baru. Malah bekalan terpaksa ditingkatkan berkali ganda bagi memenuhi permintaan yang sedang berkembang pesat.

Sehubungan itu RHM telah melantik stokis di Pekan Baru dan Padang. Khusus bagi memenuhi permintaan di kawasan yang lebih jauh dari Padang dan Pekan Baru, para mitra usaha/usahawan di seru untuk membuka mobile stokis.

GBOM buat pertama kalinya diadakan di Hotel Rocky, Padang, pada akhir Jun lepas dengan tetamu jemputan dari Malaysia, En Muslim, En. Ismail dan pakar produk RHM, Hj. Muhamad Othman. Sekalung tahniah kepada pemimpin Padang yang menjadikan perjumpaan hebat RHM Indonesia.

Sehubungan itu RHM Indonesia bersedia untuk melangkah lebih jauh dengan memasuki pasaran di Jakarta dan sekitarnya dalam masa terdekat. Indonesia dengan 300 juta penduduk pasti bakal menjadi tumpuan seluruh usahawan dari Asia khususnya. RHM, rangkaian perniagaan tanpa sempadan.

RHM Memecah Pasaran Bahasa Tamil

By bizzport 5:12 PM

RHM mengembangkan rangkaiannya ke pasaran bahasa tamil. Sambutan di bandar Klang & Banting, Selangor, juga Nilai & Seremban, N. Sembilan memperlihatkan potensi besar pasaran ini. Gabungan pemimpin dinamik dan berkarisma yang menerajui pasaran ini memberikan impak luarjangka sasaran awal syarikat.

Ramai usahawan baru memberi maklumbalas positif, bahawa mereka begitu selesa dan tertarik dengan pelan pemasaran hybrid RHM yang bukan sahaja mudah, malah tidak membebankan usahawan untuk menjangkau pendapatan yang lebih cemerlang.

Bagi mereka yang ingin turut serta membina rangkaian pasaran bahasa tamil dialu-alukan untuk turut serta bergabung di mesyuarat yang dijadualkan di stokis lembah Klang atau tempat-tempat yang telah ditetapkan. Rahsia Hidup Mewah untuk semua.