RHM Success Leadership Seminar(SLS) Ke-10

By bizzport at Sunday, February 24, 2008, 11:14 PM

SLS ke 10 yang telah berlangsung pada 16-18 Feb 2008 di Gunung Ledang Resort, Johor,

RHM melangkah ke Thailand

By bizzport at Thursday, February 14, 2008, 1:27 AM


Julungkali BOM diadakan di Hotel Genting, Golok Thailand menandakan RHM bertapak dengan rasminya dibumi gajah putih Thailand dengan kapasiti penduduk lebih 70 juta. Stokis yang dikendalikan oleh Cikgu Khalid dengan ibupejabat berpusat di Hadnyai, ternyata menarik minat ramai usahawan dari pelbagai daerah di Thailand untuk turut serta. Sekaligus membuktikan produk RHM diterima baik di negara tersebut.

Keunikan pelan pemasaran hybrid yang dikongsikan oleh Pengurus pembangunan perniagaan, RHM Global Malaysia, En Asrulhisham Ramli ternyata memukau para hadirin. Perkongsian produk oleh pakar pemakanan RHM Global, Hj. Othman Mughni menambahkan keyakinan usahawan Thailand.

Kawasan Panas menjelang PRU-12

By bizzport at Wednesday, February 13, 2008, 10:49 PM

Suasana bahang PRU-12 yang dijangka 8 Mac semakin mendebarkan. Perjumpaan dan ceramah semakin panas . Generasi muda dan warga pantai timur memenuhi setiap perjumpaan dan bersemangat untuk terus berjuang bersama mereka yang terdahulu di dalam RHM Global. Gabungan mantap ini dilihat mampu membentuk gelombang baru terutamanya dikawasan pantai timur.

Mereka yang hadir begitu bersemangat untuk membongkar rahsia hidup mewah yang ditawarkan oleh RHM, syarikat pemasaran yang menyediakan peluang perniagaan dan produk unik.

Kepada anda yang masih belum bergabung dan belum berkesempatan, bertindak segera untuk turut menyertai gelombang yang sedang bermula ini. Pastikan anda bersama untuk mencipta sejarah dan berjaya bersama RHM Global.

Pra pengenalan peluang perniagaan RHM Global, 8 Feb 2008 di Hotel Riverview, Kota Baharu menyaksikan lebih 200 orang memenuhi setiap inci ruang. Suasana dihangatkan lagi dengan kehadiran dan perkongsian oleh pemimpin dan calon jutawan RHM Global, En Ramli Musa dari Kemaman.

Program ini difahamkan turut menarik perhatian ramai warga Thailand yang hadir pada malam tersebut untuk turut serta dalam program global yang dibawakan oleh RHM Global.

Pantai timur menyaksikan 2008 membangun bersama RHM.