GBOM Pasaran Bahasa Tamil di HQ

By bizzport at Sunday, August 3, 2008, 6:26 AM


Mesyuarat Peluang Perniagaan (GBOM) pasaran Bahasa Tamil terus berkembang pesat dan mendapat sambutan di sekitar Melaka. En Vasu, selaku pemimpin Eksekutif menyatakan bahawa mesyuarat pada malam ini, 3 Ogos 2008 bakal menyaksikan perlantikan rasmi sekurang-kurangnya 5 mobile stokis baru dari pasaran tamil untuk kawasan Melaka & N. Sembilan. RHM For All.

Seminar Khas Keusahawanan

By bizzport 5:42 AM

Para Usahawan dari zon selatan berhimpun di ibupejabat, Melaka, 3 Jul 08 bagi menyertai Seminar Khas Keusahawan yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai syarikat RHM sepanjang hari. Tahniah untuk 6 peserta yang terus bertindak membuka mobile stokis.

Para peserta yakin dengan adanya kemahiran yang dipelajari bukan sahaja menyuntik semangat baru, malah menjadi mangkin yang bakal menggegar zon selatan.

Istimewa buat usawan rhm - Sharifah Aloya

By bizzport at Monday, July 28, 2008, 12:32 AM

SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA PENERIMA ANUGERAH DAN PEMENANG CABUTAN BONANZA

By bizzport at Sunday, July 27, 2008, 6:26 AM

Suasa sungguh meriah di majlis Penganugerahan pin pemimpin eksekutif dan perlancongan yang diadakan di HQ Melaka. Syabas kepada semua usahawan yang turut menjayakan majlis gilang gemilang ini. Lebih 300 orang hadir memeriahkan majlis penganugerahan yang pertama kali di adakan.

Majlis dimeriahkan dengan cabutan bonanza pusingan kedua dengan hadiah utama sebuah motosikal. Para usahawan juga turut berpeluang menunjukkan bakat dalam acara karaoke.

Hari ini 27 Julai, kemeriahan sambutan ini turut dikongsi dalam akhbar Sinar edisi Melaka dan N. Sembilan.

Video Perasmian Stokis Tutong, Brunei

By bizzport at Friday, July 25, 2008, 6:40 AM

Jom Ke Majlis Penganugerahan "Pemimpin Eksekutif" dan Pakej Perlancongan

By bizzport at Wednesday, July 23, 2008, 7:07 PM

RHM Global menjemput semua usahawan dan juga orang ramai untuk meraikan majlis penganugerahan Pemimpin Eksekutif dan pakej perlancongan yang julung kali di adakan:

Tempat: Ibupejabat
RHM Global Sdn. Bhd
Cheng Perdana, Melaka.
Tarikh: 26 Julai 2008
Masa: 12tgh - 5.00 ptg

Acara Menarik:
Jamuan Beriyani tengahari disediakan
Penganugerahan pemimpin eksekutif
Penganugerahan Perlancongan
Cabutan Bonanza dengan hadiah utama Motosikal, lap-top, talipon bimbit dll.

PROMOSI ISTIMEWA:

Setiap usahawan yang telah dan akan membuat belian 90pv pada bulan Julai sehingga pada hari program layak untuk menebus sehelai T-SHIRT eksklusif PERCUMA dengan mengemukakan invoice belian. T-Shirt hanya layak ditebus bagi mereka yang hadir diibupejabat pada majlis penganugerahan di atas sahaja. T-shirt adalah terhad dan pastikan anda orang yang terawal.

Juga dapatkan produk dengan PV pada jualan istimewa di majlis tersebut.

Ayuh datang beramai-ramai... RHM dunia niaga anda.

RHM Membina Ikon Baru di Tutong, Brunei

By bizzport 6:53 PM

Stokis tutong telah dirasmikan 11 Jul 2008 oleh Pegawai Daerah Tutong dan juga Pengarah Urusan syarikat RHM Global. Upacara ringkas ini menyuntik semangat bukan sahaja usahawan di Brunei tetapi juga semua usahawan RHM seluruh Asia Tenggara. Ramai usawan dari Malaysia khususnya mula melihat Brunei adalah potensi pasaran yang unik selain dari Indonesia.